Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,676

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

36 Ditahan Dalam Ops Cegah Jenayah Di Brumas Dan Dumpas Tawau

8:37am 17/07/2016 Pak Roshan 980 views Jenayah,Mutakhir

13690704_645178602308014_8686739276387135199_n

Tawau : Seramai 17 orang ditahan dalam Operasi Pembersihan Jenayah Balai Polis Bombalai. Operasi yang melibatkan 6 anggota dari Balai Polis Bombalai itu melibatkan dua lokasi iaitu Perumahan pekerja Ladang Brumas dan Kuala Merotai, Tawau.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Hj Marsus ‪#‎fadilfireblade‬, operasi tersebut bertindak atas hasil maklumat orang awam dan kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bombalai setelah di dokumentasi dan ujian saringan air kencing pula di buat di IPD Tawau. Tumpuan lokasi operasi kali ini adalah kepada penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan orang berpotensi terlibat dengan kegiatan jenayah.

Sebelum itu, Operasi Cegah Jenayah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau dengan bantuan Polis Bantuan SabahSoftwood Brumas dan anggota Rela Dumpas bersama anggota Polis Bombalai telah membuat serbuan di kawasan perumahan pekerja Dumpas dan perumahan pekerja cenderamata SabahSoftwood Dumpas, Tawau.

Seramai 19 orang lelaki ditahan kerana disyaki penagih dadah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya.

ACP Fadil menegaskan bahawa pendekatan ‘Aggressive Policing’ yang dipraktikkan oleh polis Daerah Tawau adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa selamat di kalangan masyarakat selaras dengan uasaha menjadikan Tawau sebagai daerah yang harmoni dan sejahtera.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan melalui:
Inbox laman FB Polis Daerah Tawau
Talian hotline IPD Tawau – 089772121
Balai-balai polis berdekatan

13692922_645178575641350_1187953784557908992_o 13717314_645178622308012_1188836001752837796_o 13723988_645164268976114_7247133643613019022_o 13767306_645178645641343_7028616403077756522_o

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan