Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

350 korban banjir

banjir

NEW DELHI: Orang ramai terpaksa menyelamatkan diri daripada banjir dengan memanjat ke bumbung ketika korban bencana itu di India dan Pakistan meningkat kepada lebih 350 orang, manakala puluhan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal.

Dengan talian telefon dan rangkaian jalan raya terputus, kerosakan sebenar bencana itu di seluruh Kashmir dan Punjab masih belum dipastikan tetapi rakaman video dari helikopter tentera menunjukkan keseluruhan perkampungan di lokasi kejadian ditenggelami air.

Ketika tentera bertungkus-lumus sepanjang masa untuk menyelamatkan mangsa di Kashmir, penduduk kelihatan melambai dari bumbung bangunan.

Kenderaan dan haiwan ternakan pula kelihatan dihanyutkan air.

Pegawai pengurus bencana berkata, jumlah kematian semasa menjadikan banjir kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 50 tahun.

Puluhan ribu tentera dan polis menggunakan helikopter serta bot bagi menghantar selimut, khemah dan bantuan lain bagi meminimumkan kesan bencana.

Seramai 5,183 orang diselamatkan sehingga petang semalam dan pengagihan bantuan terus ditingkatkan.

Ketua Pengarah Pasukan Bertindak Bencana Kebangsaan, O P Singh berkata, di sesetengah kawasan air begitu tinggi dan penyelamat tidak boleh ke tempat berkenaan kecuali melalui laluan udara.

Jurucakap tentera laut pula berkata, pasukan penyelam dihantar ke kawasan terjejas dan berkerja “siang dan malam” namun mereka sukar dihubungi akibat masalah logistik.

Di Pakistan pegawai berkata jumlah kematian kekal 205 dengan 131 daripadanya di kawasan Punjab.

Pegawai Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata, di kawasan Kashmir yang ditabir Pakistan, seramai 63 orang maut dan 105 cedera. – AFP

Komen


Berita Berkaitan