Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

35 rumah papan hangus

35 rumah papan di Kampung Gelam, berhampiran bandar Sandakan, musnah dakam kebakaran kira-kira jam 1.40 tengah malam tadi.

 

SANDAKAN: Sebanyak 35 rumah papan di Kampung Gelam, berhampiran bandar Sandakan, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1.40 tengah malam tadi.

Ketua Zon Enam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddre Andrew, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.42 tengah malam sebelum 17 anggota dari Balai Bomba dain Penyelamat (BBP) Sandakan dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba pada jam 1.50 tengah malam dengan menggunakan empat jentera dan dua kenderaan utiliti, didapati kebakaran yang membabitkan rumah struktur kayu itu sudah merebak dan usaha mengawal segera dilakukan.

“Bagaimanapun, api berjaya dikawal pada jam 2.50 pagi dan operasi berakhir pada jam 4.32 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati sebanyak 35 rumah terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Anddre berkata, anggota bomba berjaya menyelamatkan sebuah bengkel membaiki kapal dan puluhan rumah berdekatan kawasan terbabit.

“Punca kejadian dan nilai anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya. – Oleh Hazsyah Abdul Rahman/BH Online

35 rumah papan di Kampung Gelam, berhampiran bandar Sandakan, musnah dakam kebakaran kira-kira jam 1.40 tengah malam tadi.
35 rumah papan di Kampung Gelam, berhampiran bandar Sandakan, musnah dakam kebakaran kira-kira jam 1.40 tengah malam tadi.
35 rumah papan di Kampung Gelam, berhampiran bandar Sandakan, musnah dakam kebakaran kira-kira jam 1.40 tengah malam tadi.
35 rumah papan di Kampung Gelam, berhampiran bandar Sandakan, musnah dakam kebakaran kira-kira jam 1.40 tengah malam tadi.

Komen


Berita Berkaitan