Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

35 Penumpang Terselamat – Bas Ekspres Terbabas

LAHAD DATU; 4 JULAI 2018 (Rabu) – Sebuah bas ekspres membawa 35 orang penumpang termasuk dua pemandu terselamat apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan bertembung dengan sebuah Lori Kargo di KM 13 Jalan Lahad Datu – Sandakan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata, hasil siasatan awal kejadian berlaku apabila bas tersebut mengelak dari terlanggar sebuah motosikal tanpa lampu di laluan sama sehingga menyebabkan bas ekspres memasuki laluan bertentangan dan terlanggar sebuah lori kargo.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, bas ekspres tersebut dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau.

Akibat perlanggaran tersebut mengakibatkan bas ekspres terbabit telah terbabas ke kiri jalan hala ke Lahad Datu. Sementara itu, lori kargo terbabas ke kiri jalan hala ke Sandakan dan termasuk ke dalam parit.

Beliau berkata, bagaimanapun pemandu kedua bas tersebut mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu.

Sementara itu, pemandu dan pembantu pemandu lori kargo tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian tersebut disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

Sumber : Facebook #BESTAWAUfm

 

 

Komen


Berita Berkaitan