Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

35 orang golongan fakir miskin terima sumbangan

Yahya menyerahkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di majlis itu.
Yahya menyerahkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di majlis itu.

PUTATAN- Seramai 35 orang penerima yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin menerima sumbangan berupa beras dan duit raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitiri Masjid Jamek Putatan, disini, semalam.

Sumbangan bekenaan diberikan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Putatan bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas memuji insiatif yang dilakukan oleh Jawatankuasa Masjid mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga membina bangunan tambahan dewan terbuka untuk keselesaan umat Islam yang menggunakan masjid itu.

Turut hadir ialah Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Petagas, Encik Ali Hussin Sharin, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Putatan, Haji Othman Hamid yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putatan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Abd. Rahman Laman.-SayangSabah

DSC_7330

Komen


Berita Berkaitan