Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

35 MURID SERTAI “PINTAR” SIRI KEDUA

Seramai 35 murid dari lima buah sekolah sekitar Penampang menamatkan program PINTAR 2.0 yang dianjurkan AADK di Penampang. Gambar SNT/Ehsan AADK Sabah

PENAMPANG: Seramai 35 murid dari sekolah sekitar daerah ini telah mengikuti Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) Siri 2/2018 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Program selama tiga hari dua malam yang diadakan di Amoure Puru Inobong, Penampang itu disertai oleh lima buah sekolah rendah terdiri dari murid darjah empat hingga darjah enam.

Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Kartina Ujin berkata, objektif program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada peserta program tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah dalam kehidupan.

Penggerak utama program PINTAR bergambar selepas majlis selesai. Gambar SNT/Ehsan AADK Sabah

“Kita semua sedia maklum bahawa dadah ini merupakan salah satu musuh utama negara. Pengetahuan akan bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah dari peringkat awal merupakan salah satu usaha pencegahan yang kita perlu usahakan bersama bagi membendung masalah ini berlaku.

“Selain daripada memberikan pengetahuan tentang bahaya kesan penyalahgunaan dadah, program ini juga dapat membina kemahiran hidup dan resilian agar tidak terlibat dalam dadah dan mempraktikkan beberapa kemahiran pendidikan yang diberikan oleh pihak AADK,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan Program PINTAR 2.0, di sini.

Timbalan Pengarah AADK Sabah, Kartina Ujin (tengah) menyerahkan cenderahati kepada Pegawai Daerah Penampang, Robert Stidi pada majlis penutupan program PINTAR di Penampang. Gambar SNT/Ehsan AADK Sabah

Majlis penutupan program dirasmikan oleh Pegawai Daerah Penampang, Robert Stidi.

Seramai 14 pegawai AADK termasuk 5 ahli dari Program Sukarelawan Antidadah (SKUAD) AADK telah menjayakan program tersebut. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan