Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

35 MATI DIPIJAK

mati dipijak

Shanghai : Kejadian berasak-asak ketika sambutan tahun baru di bandar raya ini menyebabkan 35 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan, tetapi media dan saksi berkata, sebahagiannya mungkin disebabkan orang ramai yang cuba mengutip wang palsu yang dicampak dari sebuah bangunan yang menghadap kawasan dermaga terkenal di bandar raya itu.

Seorang lelaki yang membawa seorang mangsa yang cedera ke sebuah hospital tempatan berkata, wang palsu berkenaan dicampakkan sebagai sebahagian daripada sambutan menyambut tahun baru.

Ia menyebabkan orang ramai berebut-rebut memungutnya menyebabkan ada yang jatuh dan dipijak.

Cui Tingting, 27, berkata, dia memungut beberapa keping wang berkenaan tetapi membuangnya semula apabila menyedari ia palsu.

“Terlalu dahsyat. Orang di depan kami sudah jatuh dan yang lain memijak mereka,” katanya.

Agensi berita Xinhua bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk mengesahkan wang palsu itu punca kejadian.

Seorang saksi lain berkata, kekecohan juga berlaku tidak jauh dari tempat itu dengan orang ramai cuba menaiki sebuah pentas berdepan dengan dermaga.

Agensi berita Xinhua melaporkan, ada yang terpijak selepas jatuh ketika naik dan turun pentas itu.

“Kami terperangkap di tengah-tengah dan melihat beberapa gadis jatuh dan menjerit. Selepas itu, keadaan menjadi lebih teruk apabila ramai lagi turut terjatuh,” kata seorang saksi, Yin.

Sementara itu, kekecohan juga berlaku di hospital apabila orang ramai yang ingin tahu nasib anggota keluarga masing-masing kecewa selepas polis enggan memberi maklumat dan memaksa mereka pulang.

Radio Shanghai melaporkan, kebanyakan yang mati dan cedera ialah pelajar. Daripada 35 yang terbunuh, 25 ialah wanita. Ada juga kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Sehubungan itu, Presiden Xi Jinping mengarah pihak berkuasa China menyiasat tragedi itu secepat mungkin.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan