Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

35 lokasi tumpuan penagih dadah di Sabah

Suhaimi (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar. - foto Jabatan Penerangan
Suhaimi (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALUSebanyak 35 lokasi di negeri ini telah dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan bagi mengurangkan dan menyekat bilangan penagih dadah di Sabah.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya mengesan peningkatan dari segi bilangan penagih menerusi operasi-operasi yang telah dilaksanakan.

“Justeru, bagi memastikan bilangan penagih tidak bertambah maka beberapa pendekatan akan terus dilaksanakan di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yan Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini hari ini.

Kunjungan itu bertujuan memberikan penjelasan berkaitan perkembangan dan situasi terkini masalah penagihan dadah di Sabah.

Suhaimi berkata, walaupun peningkatan itu tidak besar berbanding negeri-negeri lain, namun usaha membanteras penyalahgunaan dadah perlu dibanteras secara bersama bagi mengelak masalah itu terus meruncing.

Katanya, AADK di negeri ini akan meneruskan program pemulihan sedia ada disamping mempertingkatkan usaha pencegahan dan menyedarkan masyarakat tentang penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, kerjasama dengan jabatan dan agensi penguatkuasaan berkaitan akan diteruskan selaras dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Menurut Suhaimi, Pusat Rehabilitasi Penyembuhan dan Penjagaan (Cure & Care Rehabilitation Centre) atau CCRC yang ada di negeri mampu menampung bilangan penagih disamping lima pusat khidmat sukarela.

“Kita mengharapkan semua pihak memberikan komitmen dan kerjasama kepada AADK dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di negeri ini daripada terus meningkat,” ujarnya sambil menambah program penerangan dan penjelasan akan dipertingkatkan terutama di kawasan berisiko yang dikenal pasti disamping kempen pencegahan di sekolah-sekolah. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan