Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

340 persatuan belia belum daftar ROY

Tawfiq Abu Bakar Titngan (kiri) bersalaman dengan peserta Persidangan Majlis Perundangan Belia Negeri Sabah (MPBNS).
Tawfiq Abu Bakar Titngan (kiri) bersalaman dengan peserta Persidangan Majlis Perundangan Belia Negeri Sabah (MPBNS).

KOTA KINABALU  – Persatuan belia yang masih berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu beralih kepada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi membolehkan mereka menerima geran-geran bantuan aktiviti persatuan.

Setakat Disember tahun lalu, sebanyak 340 persatuan belia akar umbi di negeri belum mendaftar dengan ROY, sekaligus menyukarkan kerajaan menyalurkan peruntukan yang disediakan persatuan belia.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, yang mahu persatuan belia yang sebelum ini berdaftar dengan ROS segera mendaftar ke ROY kerana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) merupakan syarat menerima geran program.

“Kita telah selaraskan pembangunan belia negeri dengan Persekutuan. Oleh itu, mereka harus beralih kepada ROY. Kita telah mengenakan KPI hanya yang berdaftar dengan pertubuhan belia sahaja akan kita berikan peluang untuk menerima geran bantuan aktiviti persatuan belia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundangan Belia Negeri Sabah (MPBNS) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tawfiq menggesa semua persatuan berkenaan perlu mengambil tindakan segera dan dalam masa sama beliau turut mengarahkan pegawai kementerian tersebut bekerjasama dengan pihak ROY turun padang dan bertemu dengan persatuan belia terutama di kawasan pedalaman.

Ini kerana katanya, terdapat tempat-tempat tertentu di negeri ini khusus di luar bandar yang mana liputan jalur lebar tidak memadai mahu pun tidak mempunyai kemudahan Internet.

Mengenai Majlis Belia Daerah (MDB), Tawfiq memberitahu, ia baharu diwujudkan pada tahun ini hasil daripada dasar kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Belia dan Sukan yang menggalakkan penubuhan MDB.

Katanya, mereka akan mendapat peruntukan daripada Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) dan Kementerian Belia dan Sukan negeri juga mempertimbangkan untuk memberi peruntukan kepada mereka dalam Bajet 2016 akan datang.

“Tujuan kita adalah untuk memastikan generasi muda dapat diisi dengan nilai-nilai penting termasuk kepentingan alam sekitar, perpaduan, sukan, interaksi sosial dan kepimpinan serta alam sekitar.

“Justeru, program yang mereka adakan itu haruslah menepati ciri-ciri yang kita berikan tetapi mengikut kaedah ataupun pendekatan mengikut aspirasi mereka sendiri, bukan kita yang tentukan. Kita mahu memastikan tiada belia yang terlepas daripada pembangunan belia di negeri ini,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

 

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan