Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

34 pelatih menerima Sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu

8:24pm 11/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 52 views Tempatan
Yahya menyampaikan Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan kepada Sylbearry Joseph dari Tambunan.

Yahya menyampaikan Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan kepada Sylbearry Joseph dari Tambunan.

KOTA KINABALU- Seramai 34 orang pelatih terdiri daripada 23 orang pelatih lelaki dan 11 orang pelatih wanita menerima Sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu bagi kumpulan yang ke-20 di Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata Kursus Sijil Kursus Kemahiran Pertanian Bersepadu dalam tempoh satu tahun itu bertujuan untuk melahirkan usahawan pertanian yang berintegriti, cemerlang dan berdaya saing bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan pembangunan sektor pertanian kepada yang moden dan maju pada masa hadapan.

“Saya yakin dan percaya dengan adanya pelbagai program pendedahan dan galakan di sepanjang kursus ini, para lulusan mampu untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan dalam menghadapi pembangunan sektor pertanian yang lebih mencabar dan kompetitif,”katanya.

Sementara itu, Yahya yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah turut menyampaikan sijil Pengiktirafan Pengusaha Pertanian Cemerlang kepada 65 orang penerima.

Seramai 18 orang usahawan tani dan 18 orang Pengusaha Pertanian Cemerlang diiktiraf diatas pencapaian produktiviti mereka. 21 buah ladang menerima Persijilan myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices), 5 ladang buah menerima persijilan myOrganic, manakala 3 orang usahawan turut menerima Sijil MeSTI/Halal di majlis itu.

Hadir sama, Pertanian Negeri Sabah, Idrus Shafie, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, K. Zulkifli Harrith, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Ewon Benedick, Timbalan Pengarah Pertanian, Encik John Siegfred Gumpil dan Haji Abdul Aziz Haji Abdul Latiff.Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Yahya (duduk, barisan hadapan (tengah)) bersama tenaga pengajar bergambar bersama pelatihan yang menerima Sijil Kemahiran Pertanian.

Yahya (duduk, barisan hadapan (tengah)) bersama tenaga pengajar bergambar bersama pelatihan yang menerima Sijil Kemahiran Pertanian.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan