Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

34 KIR DUN Sebatik terima bantuan tangki 1Malaysia

5:07pm 13/01/2016 Ann Vivien 14 views Isu Semasa,Tempatan
Halih Abd Kadir (tengah) ketika menyampaikan bantuan tangki 1Malaysia di kawasan Batu-Batu, Sabindo hari ini

Halih Abd Kadir (tengah) ketika menyampaikan bantuan tangki 1Malaysia di kawasan Batu-Batu, Sabindo hari ini

TAWAU: Seramai 34 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.60 Sebatik menerima bantuan tangki 1Malaysia dari kerajaan dalam majlis penyampaian di kawasan Batu-Batu, Sabindo di sini hari ini.

Majlis penyampaian tangki berkenaan kepada para penerimanya disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Sebatik, Halih Abd Kadir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho sebagai mengulas majlis itu berkata, bantuan tangki tersebut diberikan sebagai satu kemudahan untuk rakyat  menyimpan air bersih.

Sehubungan itu, beliau berharap para penerima akan memanfaatkan bantuan dengan sebaik-baiknya dan bukannya pula menjual tangki tersebut demi meraih keuntungan cepat.

Muis turut menyatakan bahawa beliau dan para jenteranya akan terus bekerja keras mengetengahkan keperluan masyarakat kepada pihak atasan kerana mahu jurang kehidupan masyarakat bandar dan luar bandar, khususnya Sebatik dapat dirapatkan.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan