Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

34 Anggota UMNO Kalabakan Umum Keluar Parti

Asmadi dalam pada itu berharap semua pihak dapat menerima keputusan tersebut dan meminta supaya terus menyokong Hamisa.

 

TAWAU – Kira-kira 34 anggota UMNO Bahagian Kalabakan mengumumkan keluar parti dan Barisan Nasional berkuatkuasa hari ini.

Kesemua mereka merupakan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua kampung, wakil anak negeri serta ketua cawangan UMNO.

Pengerusi JKKK Kampung Rancangan Kalabakan, Asmadi Suping berkata tindakan nekad itu diambil selepas kurang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti sama ada di peringkat negeri mahu pun di pusat.

“Kami akan membawa haluan masing-masing dan tidak berhasrat menyertai mana-mana parti politik.

“Namun kami sepakat masih menyokong padu pimpinan Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Hamisa Samat yang telah menyertai Parti Warisan Sabah,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di galeri kediaman Hamisa di sini, hari ini.

Asmadi dalam pada itu berharap semua pihak dapat menerima keputusan tersebut dan meminta supaya terus menyokong Hamisa.

Asmadi yang mewakili kesemua anggota UMNO yang keluar itu turut menzahirkan sokongan kepada pentadbiran baharu Sabah diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan