Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

336,000 Warga Indonesia Di Johor Dan Tiga Negeri Lain Mengundi Dalam Pemilu Presiden

pemilu

JOHOR BAHARU: Sebanyak 336,000 warga Indonesia di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang dijangka menunaikan kewajipan mengundi dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden republik itu yang ke-11.

Ketua Panitia Pemilu Luar Negara Konsulat Jenderal Indonesia Johor Baharu, Djudjur S.H Hutagalung berkata, bilangan itu termasuk pengundi yang menggunakan kaedah “drop box” serta mereka yang mengundi di Tempat Pungutan Suara (TPS).

“Sehingga 8 pagi tadi, sebanyak 10,268 pengundi yang yang menggunakan kaedah “drop box” telah mengundi pada Pemilu Presiden 2014 bermula sejak semalam hingga esok,” katanya kepada Bernama di Konsulat Jenderal hari ini.

Kaedah “Drop Box” melibatkan penghantaran kertas-kertas undi oleh petugas Pemilu Presiden Konsulat Jenderal Indonesia ke lokasi penempatan warga republik yang memohon untuk melaksanakan kewajipan mereka menerusi kaedah itu.

Beliau berkata, bagi warga republik itu yang mahu mengundi di pejabat konsulat di Johor Baharu, mereka mempunyai masa sehingga 10 malam ini untuk menunaikan kewajipan mereka itu.

Menurut Djudjur, sebanyak 468 kakitangan terdiri daripada kakitangan Konsulat Jeneral Indonesia di Johor Baharu dan sukarelawan di kalangan penuntut serta warga republik itu terlibat di dalam proses Pemilu Presiden 2014.

Beliau yang juga timbalan Konsul Jenderal Indonesia di Johor Baharu berkata proses pengiraan undi pula akan dilakukan pada 9 sehingga 14 Julai.

Komen


Berita Berkaitan