Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

33 orang calon SPM dipindahkan kerana banjir

BEAUFORT: Seramai 33 orang calon yang menduduki  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SM. St.Paul  bagi mata pelajaran Kimia(4541) dipindahkan ke SMK Beaufort disebabkan kawasan sekolah dinaiki air akibat limpahan Sungai Padas.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) Beaufort kepada ibu bapa pelajar yang terbabit sejak petang kelmarin berikutan maklumat dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) yang memaklumkan paras air mulai naik.

Bagi pusat lain di daerah Beaufort, calon masih menduduki peperiksaan di pusat masing-masing dan jawatankuasa Keselamatanan Peperiksaan Awam PPD telah digerakkan terutama membantu calon yang terjejas.

Setakat ini, sejak hari pertama peperiksaan pihak sekolah yang mempunyai  kemudahan asrama telah menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi calon yang jauh dari pusat peperiksaan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

12312268_1010574122336199_998361460_n

 

Komen


Berita Berkaitan