Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Op Nyah: 33 lagi pendatang tanpa izin ditangkap

Antara pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Op Nyah Bersepadu.
Antara pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Op Nyah Bersepadu.

KOTA KINABALU – Seramai 33 orang warga asing ditangkap selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah, dalam operasi bersepadu yang diadakan di Bandar Sierra, Menggatal hari ini.

Jumlah tangkapan tersebut merupakan hasil pemeriksaan pihak berkuasa terhadap 108 warga asing yang ditahan dalam operasi di tapak pembinaan Bandar Sierra, Menggatal pada hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang Rabu.

“Operasi bersepadu yang dijalankan itu adalah hasil maklum balas orang awam semasa program polis bersama masyarakat yang diadakan pada 28 Februari lepas,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra dii sini hari ini.

Menurutnya, semua yang ditangkap kemudian dibawa ke balai polis untuk menjalani proses dokumentasi serta siasatan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959.

Sementara itu, beliau berkata, operasi itu juga menyaksikan 10 orang lelaki termasuk dua warga tempatan ditangkap selepas didapati positif dadah.

Katanya, semua suspek terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seramai dua pegawai polis disertai 107 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan negeri dan persekutuan terlibat dalam operasi tersebut.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan