Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

33 Golongan Asnaf terima sumbangan YNJ

KENANGAN…​ ​Para penerima sumbangan di Kampung Gayang, Tuaran mengabadikan kenangan bersama Toh Puan Norlidah RM Jasni (duduk empat dari kanan) dan Al Hambra Tun Juhar (duduk empat dari kiri).

TUARAN: Seramai 33 orang golongan asnaf ​menerima sumbangan dari Yayasan Nur Jauhar (YNJ) sempena Program Ziarah Kasih,​ di sini,​ petang Isnin.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai, kuih raya serta barang keperluan harian itu diberikan kepada 16 orang penduduk di Kampung​ (Kg.)​ Gayang dan 17 orang lagi di K​g. Bolong Baru.

Tujuan sumbangan diberikan ​adalah bagi meringankan beban golongan tersebut sekaligus berkongsi rasa gembira dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Sumbangan disampaikan oleh Penasihat Yayasan Nur Jauhar, Toh Puan Norlidah R​.​M Jasni dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Mejar Kehormat Al Hambra Tun Juhar.

Program Ziarah Kasih telah dijalankan sejak penubuhan yayasan tersebut pada tahun 2012 dan turut memberikan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta badan agama yang berkelayakan./PENERANGAN​-​

Penasihat Yayasan Nur Jauhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Kampung Gayang.

Komen


Berita Berkaitan