Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

33 ditahan dalam OP PATI IPD Kota Kinabalu

3:26pm 08/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 2613 views Jenayah,Tempatan
OP PTI Bersepadu IPD Kota Kinabalu

OP PTI Bersepadu IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU- Seramai 33 individu ditahan dalam Operasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bersepadu IPD Kota Kinabalu, hari ini.
Operasi yang dijalankan selama enam jam bermula jam 1 pagi hingga 7.15 pagi itu turut menahan empat orang pesalah narkotik di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Operasi itu dijalankan di empat lokasi yang berasingan iaitu rumah setinggan belakang stesen minyak shell jalan Kepayan, rumah setinggan kongsi di pekan
Inanam dan rumah setinggan di kawasan kilang cermin, Inanam serta rumah kongsi di tapak pembinaan berdekatan SK Kolombong Inanam.
Menurut Ketua Polis Daerah, ACP M. Chandra, operasi tersebut dijalankan setelah menerima maklumat dan maklum balas semasa Hari Bertemu Pelanggan yang dijalankan di kawasan Inanam, baru- baru ini.
“Tumpuan lokasi operasi kali ini adalah kepada penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan rumah-rumah setinggan baru yang didirikan secara tidak sah.
“Kesemua tangkapan telah dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu setelah didokumentasi dan dibuat ujian saringan air kencing di IPD Kota Kinabalu,”katanya.
Selain itu, manurut beliau, operasi perobohan rumah oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat setelah rumah- rumah yang didiami oleh PATI ditandakan.
Seramai tiga orang pegawai dan 63 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan terlibat dalam operasi berkenaan. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah
IMG-20160508-WA0003

Antara PATI yang ditahan oleh pihak polis

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan