Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

325 PENDUDUK SEBATIK TERIMA LESEN MOTOSIKAL “P”

Muis (tengah) menyerahkan replika lesen motosikal kepada salah seorang penerima dalam majlis itu. – Gambar SNT / Ehsan DUN Sebatik

TAWAU: Seramai 325 penduduk Pulau Sebatik hari ini menerima Lesen Menunggang Motosikal Percubaan Kelas B2 dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat, Kampung Sungai Tongkang, Pulau Sebatik.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Abdul Muis Picho berkata, penyerahan tersebut adalah hasil inisiatif di antara pihaknya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu penduduk mendapatkan lesen berkenaan.

Sebelum ini jelasnya, penduduk terpaksa bersusah-payah menaiki bot ke bandar Tawau bagi mendapatkan lesen motosikal tetapi dengan inisiatif tersebut, segala proses permohonan dan ujian hanya dijalankan di pulau terbabit.

“Ini adalah majlis penyerahan kedua yang kita lakukan dan pada tahun lalu, kira-kira 700 penduduk pulau telah menerima lesen mereka,” katanya.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak memandu kenderaan tanpa lesen sah kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga boleh mengancam nyawa mereka dan orang lain.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan penghargaan kepada JPJ dan berharap kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada masa akan datang. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan