Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,670

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

32 orang penagih warga tempatan ditahan dalam ‘OPS CEGAH’

10:46am 07/10/2016 Leolerry Lajius 951 views Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan
Abd Halim, memantau suspek yang ditahan ketika operasi berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Abd Halim, memantau suspek yang ditahan ketika operasi berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 32 orang ditahan yang mana dua daripadanya adalah wanita dalam ‘OPS CEGAH’ yang dilaksanakan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan Manggatal.

Operasi yang dilaksanakan selama dua hari itu melibatkan pemeriksaan seramai 46 orang dan kesemua yang ditahan didapati 29 orang mengambil dadah jenis Syabu dan tiga orang lagi mengambil dadah jenis Ganja.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi menjalani proses rawatan dan pemulihan.

“Selaras dengan gerakan kempen perangi dadah, pihak AADK Sabah akan terus membuat pemantauan dan mempergiatkan lagi operasi di kawasan-kawasan tumpuan seperti Manggatal, Karamunsing dan Penampang,”katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa, agensi penguatkuasa juga turut berhadapan dengan ancaman menggunakan pisau dan parang namun berjaya ditangani.

“Kesemua yang ditahan merupakan warganegara dan sepanjang bulan Januari tahun ini sehingga sekarang seramai 241 orang telah ditahan atas kesalahan sama,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara yang ditahan dalam operasi berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Antara yang ditahan dalam operasi berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan