Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

32 mangsa kebakaran dibantu PZS

Tawfiq Abu Bakar Titingan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kabakaran.
Tawfiq Abu Bakar Titingan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kabakaran.

TAWAU – Seramai 32 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Saddani, di sini menerima bantuan daripada Pusat Zakat Sabah (PZS) dan Pemuda UMNO Bahagian Tawau, bagi meringankan beban mereka yang kehilangan harta benda akibat kejadian itu.

Bantuan tersebut disampaikan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Tawau , Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di Masjid Jalan Saddani, Tawau.

“Kita berharap bantuan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa,” katanya yang turut melawat tapak kebakaran tersebut.

Tawfiq yang juga Menteri Belia dan Sukan negeri turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa mengendalikan peralatan elektrik dan aktiviti lain yang boleh mengakibatkan kebakaran. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan