Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

32 DITAHAN DALAM OP JENAYAH DI BANDARAYA KOTA KINABALU

Antara PTI yang ditahan ketika operasi cegah jenayah dilakukan sekitar Kota Kinabalu pada Sabtu. Gambar SNT/Ehsan IPD KOTA KINABALU

KOTA KINABALU: Seramai 32 orang telah ditahan dalam satu operasi yang dilakukan oleh IPD Kota Kinabalu pada Sabtu.

Operasi selama tujuh jam yang dijalankan di tujuh lokasi sekitar Kota Kinabalu berjaya menahan seramai 29 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan tiga orang atas kesalahan positif dadah ketika ujian saringan air kencing dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tumpuan lokasi operasi yang dijalankan adalah di kawasan pertumbuhan PTI yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di Kota Kinabalu.

OCPD Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji.Gambar Fail SNT

“Kesemua tangkapan mereka yang tidak memiliki dokumen akan disiasat dibawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan 1963. Manakala, bagi kesalahan narkotik disiasat dibawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Antara PTI yang ditahan ketika operasi cegah jenayah dilakukan sekitar Kota Kinabalu pada Sabtu. Gambar SNT/Ehsan IPD KOTA KINABALU to

“Operasi ini akan diteruskan pada masa akan datang dan orang awam diminta untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui medium sosial seperti Facebook Polis Kota Kinabalu dalam usaha membenteras aktiviti jenayah dan gejalansosial negatif di Kota Kinabalu”, katanya dalam satu kenyataan.

Operasi cegah jenayah ini dibantu oleh Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, dan SESB bagi tujuan pemotongan sambungan elektrik haram di penempatan setinggan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan