Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gong simbolik perpaduan- Janathan

CENDERAHATI... Janathan (lima dari kanan) menerima cenderahati daripada Bonipasius (lima dari kiri) serta ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun
CENDERAHATI… Janathan (lima dari kanan) menerima cenderahati daripada Bonipasius (lima dari kiri) serta ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun

KOTA KINABALU – Gong salah satu alat muzik yang sinonim dan penting kepada masyarakat Kadazan Dusun disamping menjadi simbol perpaduan, kata Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dato’ Dr. Janathan Kandok.

Janathan yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia berkata “beyond the sound of gong” adalah falsafah yang wajar menjadi pedoman bagi masyarakat Kadazandusun dalam memanfaatkan perpaduan yang terjalin selama ini.

“Apabila gong dipalu, Kadazandusun berpusu-pusu datang ke majlis dan apa yang kita inginkan ialah tindakan yang meningkatkan ekonomi selepas pertemuan yang berlaku kerana paluan gong”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat dari Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Kadazandusun yang diketuai oleh Presiden Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Kadazandusun, Datuk Bonipasius Bianis bersama ahli-ahli dewan, dekat sini, kelmarin

Dalam masa sama, Janathan turut menerangkan pelan strategik perniagaan dan perindustrian dalam bukunya bertajuk Model Ekonomi Kastam Sabah (MEKS).

Menurutnya, kerjasama antara ahli dewan dengan Kastam Sabah perlu bagi melaksanakan pelan ekonomi berkenaan.

Selain itu, beliau turut menggalakkan dewan tersebut meneruskan perjuangan dalam memberi kesedaran yang berterusan khususnya kepada suku kaum Momogun untuk berkecimpung dalam perniagaan dan sentiasa aktif mengambil inisiatif-inisiatif kerajaan khususnya dalam sektor perniagaan dan perindustrian. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan