Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

310 jemaah haji Sabah berlepas ke Tanah Suci

11:42am 17/08/2016 Pak Roshan 113 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
YANG di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin (dua dari kiri) bersalaman dengan sebahagian jemaah haji pada majlis berkenaan. - Foto Malai Rosmah Tuah

YANG di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin (dua dari kiri) bersalaman dengan sebahagian jemaah haji pada majlis berkenaan. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Seramai 310 jemaah haji Sabah berlepas ke Tanah Suci menaiki dua penerbangan, malam kelmarin dan malam tadi.

Kumpulan kedua membabitkan 150 jemaah berlepas menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH8109 ke Kuala Lumpur pada jam 11.15 malam tadi sebelum menyambung penerbangan ke Madinah.

Seramai 150 jemaah kumpulan pertama berlepas melalui Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Pelepasan kumpulan kedua malam tadi disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah serta Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.

Terdahulu dalam ucapannya, Juhar menasihatkan jemaah supaya menjaga kesihatan dan disiplin sepanjang berada di Tanah Suci. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan