Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

31 PTI DITAHAN OPS BERSEPADU KHAS DI PAPAR

Antara PTI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas. Gambar SNT/Ehsan Polis IPD Papar

PAPAR: Seramai 31 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) berjaya diberkas dalam satu Operasi Bersepadu Khas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Lamadah Sulaiman berkata, operasi yang dilancarkan bermula petang kelmarin sehingga awal pagi tadi tertumpu kepada beberapa kawasan di sekitar Papar.

“Polis daerah Papar telah berjaya menahan PTI berumur antara satu hingga 62 tahun dalam satu operasi khas yang tertumpu di sekitar kawasan Kg. Bungug, Biau, Dambai, Marahang dan belakang pasar raya Giant.

“Operasi berkenaan diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis bersama beberapa orang Pegawai Rendah Polis sertadibantu oleh anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Anggota polis IPD Papar diberi taklimat sebelum memulakan Operasi Bersepadu Khas. Gambar SNT/Ehsan Polis IPD Papar

“Kesemua 31 orang PTI yang ditahan ini dibawa ke IPD Papar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua orang lelaki ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam operasi yang sama. Gambar SNT/Ehsan Polis IPD Papar

Sementara itu, dua orang lelaki tempatan berumur masing-masing 34 dan 39 tahun turut ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Melalui penahanan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan iaitu 33 orang.

“Operasi bersepadu berkenaan adalah salah satu inisiatif dalam pencegahan jenayah dan mencegah kemasukan PTI disamping mencegah aktiviti penyalahgunaan dadah di Papar,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan