Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

31 Peserta Kursus Akademi Pertahanan Brunei Lawat Esscom

6:12pm 05/11/2015 Pak Roshan 90 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan

esscom241

LAHAD DATU : Rombongan 31 peserta kursus Pegawai Staf Rendah (PSR) Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini melawat ibu pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ketibaan rombongan itu yang diketuai ketua jurulatih ABDB Lt Kol Suriati Junaidi di Ibu Pejabat Esscom, di sini pada kira-kira 10.30 pagi disambut Ketua Staf Pusat Operasi Esscom Brig Datuk Md Rahim Mohamad dan pegawai-pegawai kanan Esscom.

Md Rahim berkata Lawatan itu antara lain bertujuan untuk mendapatkan gambaran terperinci khususnya mengenai konsep dan pelaksanaan operasi pelbagai agensi secara bersepadu di bawah Esscom.

“Rombongan turut diberikan taklimat ringkas mengenai konsep pengoperasian Esscom di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dalam mengawal dan menjaga keselamatan perairan di zon berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya, Md Rahim berkata Esscom sedang berusaha meningkatkan keupayaan termasuk memperoleh kelengkapan dan teknologi moden seperti sistem pengawasan radar, Unmanned Aerial Vehicle (UAV), teknologi satelit dan sistem kawalan dan pemerintahan untuk mewujudkan kesedaran persekitaran yang menyeluruh di Esszone.

“Esscom komited serta sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk menangani masalah penyeludupan dan penculikan, serta sentiasa menyusun strategi terbaik bagi menjamin kedaulatan dan keselamatan Sabah,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan