Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

31 pelajar antarabangsa mengikuti program IEPP di UMS

12:16pm 06/04/2017 Elezebeth Esther Onjining 41 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

Vina (tujuh dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan UMS, para pelajar program IEPP baharu serta ibubapa sempena majlis menyambut pelajar program IEPP Kumpulan Ke-30, dekat sini, hari ini.

KOTA KINABALU: Seramai 31 orang pelajar antarabangsa termasuklah 29 pelajar China akan mengikuti Program Persediaan Intensif Bahasa Inggeris (IEPP) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UMS Investment Holdings Sdn Bhd, Ramlan Awang Ali berkata program tersebut bertujuan membantu pelajar-pelajar antarabangsa yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam Bahasa Inggeris yang merupakan salah satu syarat kemasukan untuk mengikuti kursus peringkat sarjana muda dan sarjana di universiti tersebut.
“Pusat Pembangunan Profesional UMS (UCPD) menyediakan pensyarah-pensyarah dan kakitangan yang terlatih dan berpengalaman dalam membantu para pelajar agar cemerlang dalam program IEPP,” katanya dalam ucapan aluan sempena majlis menyambut pelajar program IEPP Kumpulan Ke-30, dekat sini, hari ini.
Selain itu, katanya, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pertuturan yang sering digunakan dalam bidang perniagaan dan industri-industri di seluruh dunia.
“Hari ini, pasaran pekerjaan mencari graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran seperti keupayaan berkomunikasi dengan orang lain, bekerja di bawah tekanan dan bekerja dalam kumpulan, mampu mengurus masa dan menyiapkan kerja dalam masa ditetapkan.
“Komunikasi yang efektif memerlukan pengetahuan dan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris.
“Pengetahuan dan kemahiran Bahasa Inggeris yang akan dipelajari di UCPD dan UMS boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta di masa hadapan,” katanya.
Dalam masa sama, Ramlan juga menyeru para pelajar agar menyesuaikan diri dengan kehidupan di universiti dan kehidupan sosial di negeri ini khususnya.
“Para pelajar perlu belajar berdikari, lebih proaktif dan berfikiran terbuka terhadap keadaan sekeliling.
“Malaysia dan Sabah khususnya terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama namun penyayang, mesra serta terbuka,”katanya.
Hadir sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS, Vina Zahriani Yusof mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan