Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

31 PATI Ditahan Dalam Op Cegah Jenayah Di Kota Kinabalu

7:08pm 01/02/2016 Pak Roshan 57 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op cegah Jenayah di sekitar pusat bandar ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua yang ditahan hasil daripada pemeriksaan terhadap 73 individu dalam operasi bermula 7 petang semalam sehingga 4 pagi ini, di beberapa lokasi termasuk rumah setinggan Kampung Sinulihan dan Cendrakasih.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun. Semasa operasi, polis turut menahan empat individu yang didapati positif ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Chandra berkata semua tahanan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kota Kinabalu untuk didokumentasi dan saringan air kencing.

Beliau berkata tumpuan lokasi operasi ialah penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan berpotensi terlibat dengan kegiatan jenayah.

Menurutnya, operasi itu diketuai tiga pegawai bersama 39 anggota termasuk pelbagai agensi antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan