Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

31 Mangsa Banjir Di Ulu Kimanis, Papar, Dibenarkan Pulang

4:09pm 10/09/2016 Pak Roshan 285 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

im4u

KOTA KINABALU : Sebanyak 31 mangsa banjir daripada tujuh keluarga di Kampung Penampang Baru di Ulu Kimanis, Papar, dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sabah, Mulliadi Al-Hamdi berkata mangsa dibenarkan pulang selepas air mulai surut sejak malam tadi.

“Kini terdapat 59 mangsa daripada 15 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Mini Kampung Penampang Baru dan masih menunggu arahan sehingga pihak berkuasa mengesahkan keadaan selamat untuk kembali ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Malam tadi sebanyak 22 keluarga dari Kampung Penampang Baru di Ulu Kimanis, Papar dipindahkan selepas kampung berkenaan dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak malam Khamis lalu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan