Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot nelayan perlu mempunyai sistem AIS – Rashid

2:45pm 28/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 83 views Isu Semasa,Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan
Rashid ketika dalam satu sidang media, disini, hari ini

Rashid ketika dalam satu sidang media, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Pemilik bot nelayan diseru agar memasang Sistem Pengesan Automatik (AIS) dan sistem komunikasi sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut.

Menurut Persuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, pemasangan kedua-dua sistem AIS dan komunikasi tersebut adalah penting bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan kedudukan bot-bot nelayan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Sesiapa yang memasang sistem AIS ini, ia akan terpapar di monitor Jabatan Laut dan ia memudahkan pihak berkuasa mengesan kedudukan bot-bot di kawasan perairan.

“Sekiranya bot-bot nelayan tidak mempunyai sistem AIS dan sistem komunikasi, bagaimana kita hendak tahu kedudukan bot dan keadaan anak-anak kapal,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kes penculikan yang berlaku di perairan Semporna dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah , disini, hari ini.

Sementara itu dalam kes berasingan, beliau menyatakan sebuah bot nelayan telah dirompak oleh sebuah bot laju yang dinaiki tujuh orang dimana tiga daripadanya memiliki senjata panjang pada 27 Sept lalu di kawasan perairan Lahad Datu.

“Dalam kedua-dua kes ini, iaitu kes yang berlaku di Perairan Semporna dan Lahad Datu, pihak polis mendapati bahawa bot berkenaan tidak mempunyai sistem AIS dan sistem komunikasi.”

“Mereka (anak-anak kapal) hanya menggunakan telefon bimbit mudah alih untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa,”katanya.- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan