Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,783

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

308 pelajar terima bantuan KWAMP dan e-Kasih

10:33am 17/11/2016 Leolerry Lajius 29 views Sandakan,Tempatan
Kenangan......Samsudin bersama guru-guru, ibu bapa dan pelajar bergambar kenangan selepas Majlis Penyampaian bantuan Kwapm dan E- Kasih kepada 308 orang pelajar Sk. Kg. Bahagia, Sandakan.

Kenangan……Samsudin bersama guru-guru, ibu bapa dan pelajar bergambar kenangan selepas Majlis Penyampaian bantuan Kwapm dan E- Kasih kepada 308 orang pelajar Sk. Kg. Bahagia, Sandakan.

SANDAKAN: Ibu bapa tidak seharusnya menjadikan kemiskinan sebagai halangan untuk menghantar anak mereka menikmati kemudahan pendidikan yang sempurna, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, kemiskinan perlu dilihat sebagai cabaran mesti di pecah untuk mengubahkan corak kehidupan masa depan anak-anak.

Beliau berkata, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) adalah salah satu dana yang ditubuhkan kerajaan  untuk membantu para ibu bapa yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban membeli keperluan anak-anak mereka ke sekolah.

“Penubuhan tabung itu selaras dengan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Akta Pendidikan yang mana mewajibkan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah mulai tahun satu sekolah rendah.

“Setiap dari kita mempunyai tanggungjawab sosial masing -masing dalam memastikan generasi depan di Malaysia ini akan menjadi generasi yang berpendidikan dan berjaya menggalas amanah untuk meneruskan pentadbiran negara,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian bantuan Kwapm dan E- Kasih kepada 308 orang pelajar Sk. Kg. Bahagia, Sandakan baru-baru ini.

Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi turut menyeru penerima bantuan KWAMP dan E-kasih agar menggunakan wang tersebut untuk membeli peralatan keperluan persekolahan serta berusaha dengan lebih tekun dalam meneruskan pembelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi, kerana hanya dengan cara itu mereka dapat merubah dan membela nasib keluarga.

 

Beliau turut mengumumkan bantuan melalui peruntukan Adun beliau dengan memberikan PA Sistem untuk kegunaan sekolah tersebut dan bantuan kewanngan untuk PIBG SK Kg Bahagia bagi menjalankan akitiviti sekolah.

Hadir sama Guru Besar, Asmat Aliaman, Naib Ketua Puteri Khatijah Ebrahim, Pengerusi PIBG, ahli-ahli UMNO bahagian, Puteri UMNO serta pemimpin masyarakat./SayangSabah

Terima kasih.....salah seorang ibu pelajar menerima bantuan KWAMP daripada Samsudin.

Terima kasih…..salah seorang ibu pelajar menerima bantuan KWAMP daripada Samsudin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan