Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan komited tingkatkan pembangunan di Sabah- PM

7:04pm 28/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 68 views Beaufort,Politik,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Najib bersama Ketua-ketua Bahagian Zon 3 yang merangkumi Bahagian Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang berserta ahli Umno di Zon berkenaan. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Najib bersama Ketua-ketua Bahagian Zon 3 yang merangkumi Bahagian Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang berserta ahli Umno di Zon berkenaan. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

BEAUFORT- Kerajaan komited untuk memajukan Sabah dari pelbagai aspek termasuklah aspek pembangunan ke peringkat yang lebih tinggi.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berkata kerajaan telah meluluskan beberapa projek pembangunan di negeri ini agar setanding dengan negeri-negeri yang lain.

“Saya melihat pembangunan di Sabah mampu ke peringkat yang lebih tinggi dan kesetiaan rakyat negeri ini perlu dihargai,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Serentak Umno Zon 3 (Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang), di Dewan Dsp Hj Mohd Dun Banir, disini, hari ini.

PERBARISAN... Najib memeriksa barisan sempena Persidangan Serentak Zon 3. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

PERBARISAN… Najib memeriksa barisan sempena Persidangan Serentak Zon 3. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Hadir sama Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Selain itu, setiap ahli Umno diingatkan memberi sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk kepimpinan parti demi memastikan kekuatan parti sentiasa kukuh dan mantap.

Najib menaikkan bendera Umno sambil disaksikan oleh Musa. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

Najib menaikkan bendera Umno sambil disaksikan oleh Musa. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

” Kita perlu setia dalam waktu senang dan susah, waktu suka dan duka kerana ia merupakan nilai murni parti kita… Jika kita mempunyai kesetiaan, kita akan berjaya dalam perjuangan,” katanya.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno menyeru kepada seluruh ahli Umno agar konsisten kepada perjuangan parti.

“Dalam sesebuah perjuangan, kita perlu sentiasa konsisten… Jika sesuatu keputusan telah dibuat, kita perlu pertahankan keputusan tersebut,” katanya. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Ahli Umno Zon 3 yang hadir semasa persidangan tersebut. Foto:Alex Mairin/ SayangSabah

Ahli Umno Zon 3 yang hadir semasa persidangan tersebut. Foto:Alex Mairin/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan