Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7:23pm 14/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 91 views Politik
Perwakilan Puteri UMNO Sepanggar bergambar kenangan bersmaa Fadilah Sarbi (duduk enam dari kiri) selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Sepanggar kelmarin. Jawatankuasa Puteri UMNO Sepanggar...(dua kiri) Fadilah Sarbi dan Yaakub Khan (tiga kanan) bergambar kenangan bersama Puteri UMNO Sepanggar

Jawatankuasa Puteri UMNO Sepanggar…(dua kiri) Fadilah Sarbi dan Yaakub Khan (tiga kanan) bergambar kenangan bersama Puteri UMNO Sepanggar

KOTA KINABALU- Pergerakan Puteri Umno Bahagian Sepanggar menyokong usul meletakkan golongan muda sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) akan datang.

Kesemua 158 perwakilan menyokong usul tersebut pada Mesyuarat Perwakilan pergerakan tersebut kelmarin yang diyakini mampu meraih sokongan majoriti dua pertiga untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kelak.

Ketua Puteri UMNO Sepanggar, Fadilah Sarbi berkata sejak 15 tahun penubuhan Puteri UMNO pada tahun 2001 Puteri UMNO pada hari ini telah berjaya membuktikan kemampuannya dalam menggalas segala beban yang dipertanggungjawabkan demi untuk memenuhi matlamat utama parti, yakni memperjuangkan kesucian agama, memartabatkan bangsa dan mendaulatkan negara.

Beliau berkata ketika Puteri UMNO Sepanggar telah mencapai usia 15 tahun bersama UMNO Sabah, dengan kematangan usianya itu sudah tiba masanya UMNO Sabah memberi lebih ramai peluang kepada pemimpin dan ahli puteri untuk di ketengahkan sebagai calon BN di Pilihanraya Umum akan datang, tidak kira di mana kawasan yang sesuai.

“Semenjak daripada zaman di awal penubuhan Puteri UMNO, hanya seorang calon sahaja daripada kalangan Puteri UMNO Sabah pada tahun 2004. Puteri UMNO Sepanggar berpendapat golongan muda profesional semakin kurang dalam Umno dan jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, parti akan kekurangan calon untuk memenangi hati dan fikiran pengundi.

“Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah baru sahaja meluluskan pernambahan Dun Baru. Berdasarkan penambahan 13 kerusi DUN pada PRU akan datang, Puteri UMNO Sepanggar optimis akan memberi impak kepada pembangunan, merapatkan jurang kemajuan serta memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik kepada rakyat

Tegasnya adalah tidak benar penambahan 13 kerusi ini akan memberi kelebihan kepada kerajaan pemerintah kerana semua tertakluk dibawah bidang kerja SPR yangg mana jua telah disokong oleh adun-adun daripada pihak pembangkang dan sehingga kini SPR belum lagi mengeluarkan mana-mana kawasan DUN baru.

“Puteri UMNO Sepanggar di bawah Pergerakan Puteri UMNO Sabah memohon dipertimbangkan untuk diberikan peluang kepada pemimpin dari kalangan wanita muda iaitu Puteri UMNO yang difikirkan sesuai, calon boleh menang serta boleh berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa berucap Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Sepanggar di Grand Borneo Hotel, Jalan Sulaman semalam. Majlis perasmian dirasmikan oleh Pemangku Ketua UMNO bahagian Sepanggar, Datuk Yaakub Khan.

Dalam pada itu juga, Puteri UMNO Sepanggar mencadangkan dan mengusul supaya keanggotaan remaja dan wanita berusia antara 18 hingga 35 tahun menyertai pergerakan berkenaan secara automatik.

“Puteri UMNO Sepanggar mahu isu itu perlu diselesaikan segera kerana ia memberi impak terhadap keanggotaan Puteri UMNO dan secara tidak langsung peranan sayap itu diketengahkan secara efektif.

Tambahnya usul keahlian automatik sebagai ahli pergerakan itu bagi mereka yang berumur 18 hingga 35 tahun. Ketika ini terdapat pilihan untuk mereka memilih sama ada menjadi ahli Puteri atau Wanita ketika mendaftar.

“Kaedah ini antara usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan sasaran 500,000 keanggotaan Puteri Umno seluruh negara tercapai menjelang 2018,”katanya

Usaha perlu dilaksanakan bagi mencapai sasaran seramai 500,000 ahli pergerakan itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang dan sehingga kini keahlian sayap itu mempunyai seramai 400,000 keahlian. Sementara keahlian Puteri UMNO Sabah mencatatkan jumlah ahli paling ramai berdaftar di negara ini iaitu seramai 61,847 orang di 5,708 cawangan sehingga Februari 2016. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan