Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

303 Pelajar Mangsa Kebakaran Di Tawau Terima Bantuan JPNS

10:41am 30/04/2016 Pak Roshan 256 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

tawau  kebakaran

TAWAU : Sebanyak 303 pelajar yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Titingan di sini, hari ini menerima bantuan berupa wang tunai dan peralatan sekolah sumbangan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Pengarah JPNS Maimunah Suhaibul berkata sumbangan berkenaan bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang ditimpa musibah.

“Walaupun bantuan yang diberi tidak besar, namun kita berharap ia dapat membantu 178 pelajar sekolah rendah dan 125 pelajar menengah untuk meneruskan persekolahan mereka,” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu, di sini hari ini.

Dalam kejadian 13 April lepas, lebih 1,000 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila 183 rumah musnah dalam kebakaran itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan