Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30,000 pelajar Sabah dapat manfaat pendidikan

Musa diperhatikan oleh Sapawi berbual mesra dengan sebahagian pelajar yang hadir di majlis tersebut-
Musa diperhatikan oleh Sapawi berbual mesra dengan sebahagian pelajar yang hadir di majlis tersebut-

KUALA LUMPUR –  Lebih RM500 juta telah dibelanjakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah (YS)  untuk pembangunan pendidikan di negeri ini dan daripada jumlah itu, sebanyak RM214 juta diperuntukn untuk menaja seramai 4,823 pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, ijazah, sarjana dan perubatan.

Pengarahnya, Datuk Sapawi Ahmad berkata, dalam tempoh 1970 sehingga 2014, YS telah memberikan pinjaman pendidikan kepada 8,883 pelajar yang berjumlah RM191 juta,” katanya dalam majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Musa Aman dengan mahasiswa Sabah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Beliau berkata, YS turut membelanjakan hampir RM50 juta untuk menaja 464 pelajar cemerlang Sabah melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan pelajar tersebut dan sehingga kini seramai 30,000 pelajar mendapat manfaat sejak penubuhannya.

“Kita memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menawarkan mereka Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS),” ujarnya.

Musa memerhatikan wakil pelajar Mohd Hasryan Ungkari menyerahkan sumbangan bencana gempa bumi Sabah kepada Sapawi sempena majlis tersebut.
Musa memerhatikan wakil pelajar Mohd Hasryan Ungkari menyerahkan sumbangan bencana gempa bumi Sabah kepada Sapawi sempena majlis tersebut.

Menurutnya, keutamaan pembangunan pendidikan di negeri ini sentiasa dipertingkatkan bertujuan memastikan generasi cemerlang Sabah dalam pendidikan tidak akan terpinggir.

“Kita yakin pelaburan dalam pendidikan akan memberikan pulangan yang besar pada masa hadapan dan kita akan memastikan generasi muda Sabah dapat terus menikmati pendidikan yang terbaik,” jelasnya.

Sambil mengharapkan golongan pelajar tidak mensia-siakan peluang yang diberi, Sapawi turut mengingatkan mereka agar sentiasa berhati-hati terutamanya dalam menerimapakai maklumat.

Beliau menjelaskan, kemudahan untuk menerima maklumat yang tampak mudah perlu dipastikan terlebih dahulu kesahihannya.

“Lambakan info boleh menyebabkan kita `overwhelm’ yang mana kita tidak tahu menggunakan info tersebut dan kadang-kala menyalahgunakan info tersebut,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan