Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30,000 dijangka meriahkan Festival Gata Sipitang 2014

sapawi

SIPITANG: Dijangkakan hampir 30,000 pengunjung akan membanjiri daerah ini sempena Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (Gata) Sipitang 2014 yang akan bermula Jumaat ini.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, festival tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu ini pada di Gata Square.

“Festival ini bakal menarik hampir 30,000 orang dari dalam dan luar Sabah khususnya Sarawak dan Brunei Darussalam. Kehadiran Timbalan Perdana Menteri akan diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Beberapa program telah dirancang dan diatur. Antaranya persembahan gasing yang melibatkan peserta jemputan dari Kelantan, Pahang, Melaka, Selangor dan Felda serta negara jiran iaitu Singapura.

“Selain itu, acara yang paling mendapat sambutan ialah pertandingan Tarik Tali SeBorneo dan menawarkan hadiah RM5,000. Antara peserta yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Daerah Penampang, Kudat, Papar, Beaufort, Keningau dan Siptang.

“Brunei dan Sarawak masing-masing akan menghantar dua pasukan.Juga akan mengambil bahagian ialah Kalimantan selain pasukan PDRM Cheras,” katanya semasa sidang media Festival Antarabangsa Gata 2014 di Rumah Rehat di sini, semalam.

Menurut Sapawi, pada tahun ini, jawatankuasa festival akan mengadakan ‘Mr Wonderful’ sebagai peningkatan kepada program tarik tali yang melibatkan ramai ahli-ahli gimnasium.

Di samping itu, katanya, terdapat juga Persembahan Permainan Kikik/Layang-layang, Karnival Makanan Tradisi, Pertandingan 4×4 Amantur dan pertandingan Autoshow.

Festival yang berteraskan budaya dan rakyat itu juga akan melibatkan 10 gerai menerusi Pameran Budaya Suku yang terdapat di daerah ini.

Buat julung kalinya, enam ekor kuda berhias Kota Belud akan di bawa ke festival tersebut untu tontonan para pengunjung.

Turut diadakan, pelancaran buku “Coffee Table” Sate dan Sipitang yang akan mempromosikan daerah berkenaan khususnya makanan tradisi terbitan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Majlis Daerah Sipitang.

Jelas beliau, program lain termasuklah Bintang Gata 2014, Malam Sambutan Kemerdekaan, Malam Gala Gata, Konsert Muzik Sadaman Sipitang yang akan mengetengahkan artis undangan Ramli Sarip, Hazama AF dan Aizat serta beberapa artis tempatan.

Komen


Berita Berkaitan