Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

3,000 meriahkan rumah terbuka LDP

Tun Juhar Mahiruddin (kiri) menerima replika daripada `dewa kekayaan' dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina LDP. - foto Ille Tugimin
Tun Juhar Mahiruddin (kiri) menerima replika daripada `dewa kekayaan’ dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina LDP. Turut kelihatan, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni (kanan) dan Musa Aman (duduk, kiri). – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kira-kira 3,000 pengunjung memeriahkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) yang diadakan di Pacific Sutera, Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Antara kenamaan lain ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Said; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad; Menteri Tugas-Tugas Khas yang juga Presien LDP, Datuk Teo Chee Kang, pembantu-pembantu menteri serta ketua-ketua parti komponen BN. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan