Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,721

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

300 orang sertai kejohanan golf Pemuda Umno Sabah

4:42pm 14/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 11 views Kota Kinabalu,Sukan,Tempatan
HAFEZ (kiri) menyampaikan hadiah utama cabutan tiket bertuah berupa sebuah motorsikal Demak kepada Awang Asli sambil diperhatikan oleh Pg Indra Pg.Tinggal (dua dari kiri) dan Razak Wali (empat dari kiri).

HAFEZ (kiri) menyampaikan hadiah utama cabutan tiket bertuah berupa sebuah motorsikal Demak kepada Awang Asli sambil diperhatikan oleh Pg Indra Pg.Tinggal (dua dari kiri) dan Razak Wali (empat dari kiri).

KOTA KINABALU- Seramai 300 peserta terdiri daripada anggota Pemuda UMNO, jemputan khas dan juga ahli-ahli Kinabalu Golf  Club (KGC) menyertai Kejohanan Golf Pemuda Umno Sabah yang berlansung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Nov 2016.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Haji Yamani Hafez Musa berkata kejohanan itu merupakan kali pertama Pemuda UMNO Sabah menganjurkan kejohanan golf kerana selama ini hanya menganjurkan pertandingan sukan seperti bolasepak, sepak takraw, futsal dan lain-lain.
“Sebenarnya ramai golongan muda bermain golf sama untuk rekreasi, kerja dan lain, justeru penganjurkan kejohanan ini dapat melibatkan golongan muda termasuk ahli-ahli KGC yang terdiri daripada orang muda dan lama”, katanya.

Beliau yang berpuashati dengan sambutan pertandingan itu berkata, Pemuda UMNO Sabah akan mengadakan kejohanan yang sama pada tahun hadapan.

“KGC dipilih kerana setiap minggu ada pertandingan diadakan dan kelab ini juga lebih berorientasikan suasana kekeluargaan”, jelasnya.

Mengenai isul Pemuda UMNO Sabah ke Perhimpunan Agung UMNO 2016, Hafez berkata, pergerakan itu akan mengetengahkan usul yang praktikal.

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden KGC, Datuk  Haji Abd.Razak Datuk Wali, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim, Bendahari Pemuda Negeri, Encik Faez Ainstein Datuk Haji Nordin, Pengerusi Pelaksana Kejohanan Golf Pemuda UMNO Sabah, Pg Indra Pg.Tinggal yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Penampang.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan