Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

300 mati kerana panas

9:45am 30/04/2016 Pak Roshan 2714 views Global
SEORANG budak lelaki berenang di sebuah tasik di Kolkata untuk menyejukkan badannya.

SEORANG budak lelaki berenang di sebuah tasik di Kolkata untuk menyejukkan badannya.

Patna: Dengan suhu terlalu panas hingga menyebabkan lebih 300 orang mati di seluruh India bulan ini, pihak berkuasa di Bihar berkata, mereka mengharamkan kegiatan memasak di waktu siang di beberapa kawasan yang dilanda kemarau.

Ia sebahagian usaha untuk menghalang kebakaran secara tidak sengaja yang sudah meragut lebih 80 nyawa.

Pihak berkuasa negeri di timur India itu mengambil langkah yang julung kali itu dalam sejarah dengan mengharamkan memasak antara jam 9 pagi dan 6 petang selepas kebakaran tidak sengaja yang diburukkan lagi dengan cuaca kering, panas dan berangin memusnahkan kawasan setinggan yang menyebabkan 79 orang mati.

Dalam satu kejadian lain, 10 kanak-kanak dan lima dewasa juga terbunuh apabila satu majlis keagamaan Hindu menyebabkan kebakaran di daerah Aurangabad minggu lalu.

Penduduk kini diminta memasak waktu malam.

Bagi mengelak lebih banyak kebakaran, pegawai juga mengharamkan pembakaran sisa makanan atau kegiatan pembakaran dalam upacara keagamaan.

“Ini musim kebakaran di Bihar,” kata pegawai pengurusan bencana negeri, Vyas.

Sebahagian besar India dilanda cuaca panas dan kemarau teruk sejak seminggu lalu, menyebabkan kemusnahan tanaman serta kematian haiwan ternakan.

Lebih teruk lagi, sekurang-kurangnya 330 juta rakyat negara itu tidak mempunyai bekalan air secukupnya.

Sungai, tasik dan empangan kering di Maharashtra dan Gujarat, dua negeri di barat India.

Di beberapa kawasan, keadaan begitu teruk hingga kerajaan terpaksa menghantar bekalan air menggunakan lori.

Hujan dijangka bermula hanya pada Jun depan.

Antara negeri paling teruk ialah Orissa yang mencatatkan 110 kematian, Talangana, 137, dan Andhra Pradesh, 45, dengan cuaca mencecah 44 darjah Celsius. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan