Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

300 hadir kempen World #Quran Hour

Imam Aman Palestin Sabah, Suhaib Ahmed Muhammed Mukhlalati (kanan) Pembawa Panji Pertama, membacakan ayat 1 dan 2 Surah Al-Hujurat.

KOTA KINABALU: Seramai 300 orang terdiri daripada pelajar sekolah, tahfiz, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang awam menghadiri kempen World #Quran Hour.

Kempen yang diadakan di Masjid Bandaraya Likas itu bertujuan untuk melahirkan legasi akhlak Al-Quran, bertindak dan berfikir berlandaskan Al-Quran.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas merupakan penggerak utama kempen ini bagi mengajak masyarakat mengubah ekosistem yang ada kepada berteraskan Al-Quran.

Hadir sama, Mufti Sabah, Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar; Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk AB Jamal Tun Datuk Seri Panglima Sakaran; Imam Besar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Iman Suhaidi Kuanting. ​/PENERANGAN-​

KENANGAN….Gambar kenangan Ahli Jawatankuasa World #Quran Hour 2018 bersama peserta.

Komen


Berita Berkaitan