Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

300 bantah pengarah sekolah kembali bertugas

ANTARA pelajar yang terbabit dengan bantahan, semalam.
ANTARA pelajar yang terbabit dengan bantahan, semalam.

Bangkok: Kira-kira 300 pelajar berkumpul di pekarangan Sekolah Satriwitthaya 2 untuk membantah kembalinya pengarah mereka selepas diketepikan ekoran dakwaan rasuah.

Sebelum ini Pacharapong Trithepha dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sekolah itu untuk mendapatkan tajaan 3.1 juta baht (RM332,795) daripada seorang hartawan.

Dana itu didakwa diperlukan untuk membiayai kos pancaragam sekolah itu bertanding di luar negara.

Apabila tindakan itu terdedah, Pacharapong dipindahkan ke bahagian lain tetapi kini disebut-sebut bakal kembali ke sekolah berkenaan.

Pelajar dan ibu bapa berpendapat, Pacharapong gagal sebagai pentadbir, selain pernah menimbulkan masalah dalaman.

Polis dan tentera terpaksa dikerah ke sekolah itu untuk mengawal keadaan, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan