Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 unit mesin hemodialisis bantu pesakit buah pinggang

TAWAU – Jumlah mesin hemodialisis di Hospital Besar Tawau kini dapat menampung jumlah keperluan 120 pesakit yang berdaftar untuk rawatan masalah kegagalan fungsi buah pinggang pada ketika ini.

Timbalan Pengarah Hospital Besar Tawau, Dr. Azman Ibrahim berkata, Hospital Besar Tawau telah menerima pertambahan mesin berkenaan sebanyak 14 unit menjadikannya 30 unit kesemuanya pada ketika ini.

“Sekarang kita sudah ada 30 unit mesin dengan dua daripadanya diletakkan di bilik khas untuk pesakit yang memerlukan rawatan bagi penyakit yang berjangkit,’’katanya ketika ditemui dalam majlis penyerahan 14 Unit Mesin Hemodialisis oleh Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching di Unit Hemodialisis Hospital Besar Tawau, di sini hari ini.

Katanya, dengan jumlah terbaharu itu hospital kini hanya membuka dua sesi rawatan bagi pesakit yang mendapatkan rawatan iaitu pada waktu pagi dan petang.

“Sebelum ini kita terpaksa buat tiga sesi rawatan iaitu pada waktu pagi, petang dan malam tetapi kini hanya tinggal dua sesi dan sesi malam telah tiada dan ia hanya dibuka untuk kes kecemasan atau mereka yang memerlukannya,’’katanya lagi. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan