Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 tahun saji daging anjing

KETULAN daging anjing yang ditemui di gerai makanan yang diserbu di Lorong Rambutan.

 

Sibu: Sebuah gerai makanan yang menghidangkan menu istimewa, daging anjing kepada pelanggannya sejak 30 tahun lalu hanya diketahui pihak berkuasa selepas membuat serbuan, petang kelmarin.

Gerai makanan di Lorong Rambutan, di sini, diserbu Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Susulan serbuan jam 2.35 petang, pengusaha gerai makanan, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.

Pegawai Veterinar Sibu, Dr Wong Kiong Keng berkata, serbuan dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak rabies di negeri ini selepas menerima aduan awam.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan dari hidangan anjing yang dijual di gerai itu. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan