Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

30 saman dikeluarkan dalam ‘Op Samseng Jalanan’

12:09pm 19/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 479 views Jenayah,Tempatan
Antara motorsikal yang disita semasa operasi OP Samsung Jalanan

Antara motorsikal yang disita semasa operasi OP Samsung Jalanan

KOTA KINABALU- Sebanyak 30 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi Op Samseng Jalanan di sekitar bandaraya ini, hari ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, operasi selama enam jam yang bermula sekitar 12 tengah malam sehingga 6 pagi tadi, berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang operasi tersebut.

“Polis turut menyita 23 buah motorsikal dan dua buah kereta mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.” katanya

Dalam operasi sama, seramai lima orang penunggang motorsikal turut ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana terlibat dengan perlumbaan haram dan dua lagi penunggang motorsikal di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membendung kegiatan Samseng Jalanan di daerah ini,” Katanya dalam satu kenyataan, disini, hari ini.-Elezebeth Esther/ SayangSabah

IMG-20160619-WA0014

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan