Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 pelukis hasilkan mural Hari Malaysia

JARED Abdul Rahman (kiri) bersama antara pelukis Pillars of Sabah, Hong Yi ketika ditemui di Sabah Street Art Gallery. – Foto Khairull Azry Bidin

 

KOTA KINABALU: Seramai 30 pelukis tempatan menghasilkan mural bermotifkan Sabah sempena sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut hujung minggu ini.

Diberi nama Pillars of Sabah dan bertempat di Sabah Street Art Gallery di sini, jumlah pelukis berkenaan adalah bagi mewakili 30 tiang bangunan lama terbabit.

Salah seorang pelukis, Azlan Dulikab, 38, berkata dia memilih figura Abu Bakar Elah atau lebih dikenali sebagai Ampal dalam kalangan penggiat seni tempatan dalam penghasilan mural.

Azlan berkata, pelakon, penyanyi dan pengacara kelahiran Sabah itu bukan sahaja sinonim dengan Negeri di Bawah Bayu, malah dikenali dengan imej rambut tempurung.

“Selain mengetengahkan lukisan wajahnya, saya memasukkan unsur corak paku-pakis yang menjadi motif utama bagi setiap karya dihasilkan.

“Selain itu, semua pelukis yang terbabit diwajibkan melukis gambar profil masing-masing,” katanya kepada NSTP.

Seorang lagi pelukis, Shelly Phang, 25, berkata dia mengambil inspirasi potret atlet paralimpik Sabah, Felicia Mikat dan mula melukis mural itu sejak Isnin lalu dengan menyasarkan ia siap sepenuhnya hari ini.

Penganjur program, Jared Abdul Rahman, berkata aktiviti itu bukan sahaja untuk menunjukkan ekpresi cintakan tanah air, malah menjadi platform pelukis tempatan menonjolkan diri.

“Selain itu, kita dapat memperkenalkan negeri ini kepada orang awam terutama pelancong memandangkan lokasi ini berada di tengah bandar raya.

“Walaupun dianjurkan buat kali pertama namun kita menerima penyertaan yang ramai daripada pelukis pelbagai bidang, namun terpaksa mengehadkan penyertaan.

“Ini adalah penanda aras untuk penganjuran program berunsurkan seni pada masa depan dan berharap program seumpama ini terus diterima baik selepas ini,” katanya. –¬†Oleh Mohd Nazllie Zainul/BH Onli e

JARED Abdul Rahman (kiri) dan pelukis Pillars of Sabah, Hong Yi ketika ditemui di Sabah Street Art Gallery. – Foto Khairull Azry Bidin

Komen


Berita Berkaitan