Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 PATI Diberkas Dalam Op Bersepadu Di Kota Kinabalu

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Bersepadu di tiga kawasan pembinaan di sekitar Kota Kinabalu hari ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 92 individu yang diperiksa dalam operasi enam jam yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu dan disertai enam agensi penguatkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kesemua PATI itu berumur antara 20 hingga 51 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen,” kata Chandra dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Chandra dalam operasi berkenaan, lima lagi individu berumur antara 20 hingga 35 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Chandra berkata kesemua PATI dan suspek berkaitan kesalahan dadah berkenaan kini ditahan di lokap berpusat di Kepayan.

Sementara itu Chandra berkata operasi berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras masalah PATI di sekitar Kota Kinabalu.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan