Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 minit keluarkan pemandu lori tersepit

Lokasi kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 4 Jalan Apas, Tawau. foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau
Lokasi kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 4 Jalan Apas, Tawau. foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau

TAWAU – Anggota bomba terpaksa mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 4, Jalan Apas, di sini tengahari tadi.

Dalam kejadian itu, dua buah lori dan sebuah pacuan empat merempuh antara satu sama lain dan mengakibatkan mangsa, Frickey Anak Musin, 23, yang juga seorang pemandu lori patah kaki kanan akibat kemalangan itu.

Mengesahkan perkara itu, Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.17 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan seramai sembilan anggota bersama tiga jentera.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu. -  foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu. – foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau

Menurutnya, pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi merenggang dan memotong besi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Bomba mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Tiada kemalangan jiwa dan kes ini masih lagi disiasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ekoran kemalangan itu, berlaku kesesakan teruk beberapa kilometer menuju ke pusat bandar kerana kenderaan tersebut menghalang keseluruhan laluan menuju ke pusat bandar.

Dalam pada itu, beliau menegaskan orang awam agar tidak mengeluarkan mangsa tersepit jika berlaku kemalangan tanpa kehadiran pihak bomba atas sebab mangsa kemalangan boleh mengalami kecederaan lebih serius. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan