Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 mayat dalam hotel

Salji tebal yang menutupi jalan raya melambatkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi serta untuk pasukan penyelamat sampai ke Hotel Rigopiano. – Foto Twitter

Rome: Pihak berkuasa hari ini, menemui kira-kira 30 mayat dalam sebuah hotel kecil iaitu mangsa yang terbunuh akibat runtuhan salji berikutan gempa bumi yang melanda tengah Itali, semalam.

Siaran televisyen SkyTG24 melaporkan, sebahagian besar mayat itu ditemui dalam Hotel Rigopiano di bandar Farindola di pergunungan Gran Sasso, wilayah Abruzzo.

Laman web agensi berita Itali, Ansa, melaporkan ketua pasukan penyelamat yang sampai ke hotel itu berkata: “Ramai mati di sini.”

Kawasan pergunungan itu dikunjungi pelancong untuk meluncur ski.

Belum dapat dipastikan punca kematian mereka sama ada di timbus salji, kesejukan atau sebab lain.

Laporan lain menyatakan sekurang-kurangnya 20 tetamu dan tujuh kakitangan ada di Hotel Rigopiano yang terletak di lereng gunung Gran Sasso apabila gempa pertama melanda semalam. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan