Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 kes demam denggi di Tawau sejak Januari

Pang Yuk Ming
Pang Yuk Ming (enam dari kanan0 menyertai program gotong-royong di Kampung Pasir Putih, Tawau. – foto Masani Sandan

TAWAU – Sebanyak 30 kes demam denggi dilaporkan berlaku di daerah ini mulai awal tahun ini dengan dua kes berlaku di Kampung Pasir Putih, di sini, manakala tahun lalu sebanyak 154 kes demam denggi direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, termasuk satu kematian dicatatkan.

Sehubungan itu Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Pang Yuk Ming mahu semua masyarakat memainkan peranan penting menjaga kebersihan dan tindakan proaktif perlu diambil dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menjadi penyebab kepada wabak denggi.

“Demam denggi merupakan penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan sehingga kini belum ada ubat khusus yang boleh menghapuskan virus denggi secara kekal. Justeru, amat penting untuk kita memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan tidak meletakkan tanggungjawab itu kepada Kementerian Kesihatan dan kerajaan,” katanya kepada pemberita dalam Program Gotong-Royong di Kampung Pasir Putih anjuran Pejabat Kesihatan Tawau dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini, hari ini yang disertai kira-kira 250 sukarelawan.

Menurut Yuk Ming, mencegah demam denggi adalah mudah jika anggota masyarakat bersikap positif dan bersedia menghulurkan tangan serta berganding bahu memastikan persekitaran tempat tinggal bersih dan selamat.

“Program gotong-royong membersihkan kawasan kampung perlu dilakukan secara berterusan kerana ia bukan sahaja membersihkan kawasan, malah membantu dalam meningkatkan taraf kesihatan yang lebih baik dalam kalangan penduduk sekitar,” ujarnya.

Kerajaan katanya, telah menyediakan peruntukkan besar dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat melalui pelbagai program yang telah dirancang namun akan menjadi sia-sia jika rakyat tidak menghargainya. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan