Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 kawasan hitam akan dipantau

sabahroadblock

PUTATAN: Polis Diraja Malaysia telah mengenaipasti 30 kawasan hitam di negeri ini yang akan dipantau dalam operasi keselamatan jalanraya Ops Selamat sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri .

 

Ketua Jabatan Trafik & Ketenteraman Awam Negeri Superintenden Ismaidi Borhan berkata antara kawasan yang akan dipantau ialah  Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar, Beaufort, Sipitang, Tenom, Wilayah Labuan FT, Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat, Kinabatangan, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Beluran.

Di Kudat kawasan yang dikenalpasti ialah  KM1-KM50, Jalan Kudat/Kota Kinabalu; Kota Marudu KM1-KM7, Jalan Kota Marudu-Pitas; Ranau, KM3-KM12, Jalan Ranau-Tamparuli; Tuaran, KM1-KM44, Jalan Tuaran-Kota Belud; Papar, KM11-KM31 Jalan Papar-Beaufort; Kota Kinabalu, KM1-KM25 , Jalan Tuaran Bypass, KM1-KM20, Jalan Kepayan and KM2-KM22, Jalan Lintas; Keningau KM1-KM12, Jalan Apin-Apin and KM1-KM20, Jalan Keningau-Sook; Tenom, KM2-KM16, Jalan Tenom-Keningau; Beaufort, KM1-KM21, Jalan Beaufort-Papar and KM1-KM31, Jalan Beaufort-Sipitang. Sipitang, KM1-KM9, Jalan Sipitang-Sindumin.

 

Sementara di Sandakan KM48-KM64, Jalan Sandakan-Beluran; Beluran, KM1-KM27, Jalan Telupid-Ranau and KM40-KM90, Jalan Beluran-Telupid; Kinabatangan, KM58-KM78, Jalan Sandakan-Lahad Datu and KM121-KM141, Jalan Sandakan-Lahad Datu; Lahad Datu, KM10-KM32, Jalan Lahad Datu-Tawau and KM10-KM24, Jalan Lahad Datu-Kinabatangan; Tawau KM4-KM50, Jalan Tawau-Semporna and KM30-KM40, Jalan Tawau-Kalabakan; Semporna KM19-KM38, Jalan Semporna-Tawau; Labuan KM1-5, Jalan Patau-Patau dan KM2-6, Jalan Ranca-Ranca; Kota Belud, KM7-11, Jalan Kota Belud-Kudat and Penampang KM8-20 Jalan Kota Kinabalu-Papar.

 

 

Beliau berkata operasi tersebut dilancarkan bertujuan untuk memastikan perjalanan trafik sepanjang musim perayaan itu tidak terganggu di samping untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya dan jenayah pecah rumah.

 

“ Sepanjang operasi itu, kita juga akan memperkenalkan tempat perhentian rehat Rest and Recreation areas (R&R) untuk digunakan oleh pengguna jalanraya berehat sebelum mneruskan perjalanan mereka,” katanya.

 

Katanya sejak operasi itu dilancarkan pada 21 Julai, sebanyak 8 kes kemalangan maut telah direkodkan seluruh negeri berbanding empat kes yang berlaku pada masa yang sama tahun lalu.

Komen


Berita Berkaitan