Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

30 kanak-kanak kurang mampu dirai

Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah (tiga dan dua dari kanan) diiringi Musa (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang diraikan. - foto ihsan JKM
Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah (tiga dan dua dari kanan) diiringi Musa (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang diraikan. – foto ihsan JKM

KOTA KINABALU – Seramai 30 kanak-kanak kurang berkemampuan menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Nur Jauhar dan Sutera Harbour Resort yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam majlis berbuka puasa di sini, petang tadi.

Kanak-kanak berkenaan yang didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) turut diraikan dalam majlis anjuran Sutera Harbour Resort.

Hadir sama ialah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan ghazal oleh kumpulan Budayawan dan qasidah oleh Nur Al Musthofaa Kota Kinabalu. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan